MADAH CINTA KENANGAN MANIS
Aku harap....engkau akan sentiasa bergembira selaluWalaupun ianya cuma tinggal sebuah kenangan...Di antara kita berdua..
Aku
masih ingat lagie........Di satu petang yang indahkita begitu
gembiraberjalan berdua-duansambil berpimpin tangansepanjang
jalandan...engkau kelihatan begitu cantik sekalidengan senyuman mu yang
manis itu ....!
Arrrggghhhh......!Sebuah senyuman yang tidak dapat
ku lupakanYang telah membunuh ku sehingga kehari ini!dan menghalang
ku..Daripada mencintai wanita yang lain...!!
Madah cinta mimpi
Wahai sayang ku…..Ujung jarimu ku kucup mesra malam tadiArrrghhhhhh...!Rupa-rupanya aku bermimpi…..!
Salahkah
jika aku bermimpi…?Berganding mesra bersama mu disebuah tamanLalu
mengikat janji asmara dakapan mesraSehidup semati hingga keshurga….
Salahkah jika aku bermimpi?Mengharap cinta mu sepenuh hati dan jiwa-ragaSuka dan duka hidup bersamaSehingga kehujung dunia…..
Salahkah jika aku bermimpi?Menyintai diri mu sehingga mati..!
Madah cinta kerinduan 04
Wahai sayang ku..!Wahai manis ku…!
Apalah erti semuanya ini?Jika engkau jauh dari diri kuTanpa mu disisi kuHati ini kerinduanHati ini kekosongan…
Marilah sayang kuDatanglah segera kepada kuAku rindu pada muAku cinta pada mu…!(jangan biarkan aku kesaorangan..!)
MADAH CINTA RINDU 03
Tahukah kau ….sayang ku?Masa berlalu begitu perlahan tanpa diri mu..Diri ku jadi tidak menentu…!
Aku rindu ingin bersama muAku rindu ingin menyentuh mu
Aku
rindu senyuman mu..Aku rindu belai manja muAku rindu nada suara muAku
rindu sentuhan muAku rindu belaian kasih mu…Arrrggghhhhhh…!Aku dilamun
rindu…!
Seluar lama sudah lusuhBaju juga turut lusuhDimana pakaian baru?Haruskah aku membelinya?Untuk siapa?
MADAH CINTA LAGU RINDU
Ingin ku nyayikan lagu rinduIngin ku luahkan rasa hati kuHanya pada mu
Kerana aku rinduTerlalu rindu…Aku cinta pada mu!
PUISI CINTA YAHOO
PUISI YAHOOWE INVITE YOU...!
Kami menjemput anda untuk menyertai ruang PUISI YAHOO ini.Sila DAFTAR dan JOIN PUISI YAHOO kami.
Marilah
sama2 kita kumpulkan semua tulisan BULLETIN seni atau..karya madah
cinta, puisi cinta, puisi apa2 sahaja atau...kata2 hikmat-pujangga,
cerpen (cerita pendek), cerita humor atau tulisan curahan hati kita ...
ATAU KARYA SESIAPA SAHAJA ….( dalam bahasa melayu atau bahasa indonesia
) ...untuk dikumpulkan, disimpan dan dimuatkan didalam ruang PUISI
YAHOO ini.
Semoga kita semua sama2 dapat berkarya dan juga sama2 dapat berkongsi membaca …sambil menghayatinya....
Sekian.
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
sajak dan puisi
sastera melayu.
Madah cinta - hari raya idul fitri
MADAH CINTA - HARI RAYA IDIL FITRI
Ku
ucapkan kepada semua umat islamSelamat menyambut hari raya idil
fitriMaaf zahir dan bathinDan...selamat bertemu dilain masaDan dilain
tulisan
MADAH CINTA - REHAT
Aku rehat!Sibuk dengan berbagai2 perkaraKehidupan dan apa2!
Jumpa aku di...
MADAH CINTA DAN KARYA SASTERA
Aku tengok....Mereka bukannya sibuk menulis!Mereka bukannya sibuk menambahkan hasil karya mereka!
Tetapi....Apa yang aku nampak ialah...Mereka lebih sibuk berbincang, bercerita dan berborak pasal teory sastera!
Botol kicap atas mejaBanyak cakap kurang kerja!
Mereka
sibuk mengkritik puisi orang lain!Mereka sibuk mengulas karya orang
lain!Mereka sibuk cakap ini....cakap itu.....!Namun....memperbanyakkan
hasil karya itu sendiri...mereka tidak pentingkan!Itulah yang telah aku
lihat kenyataannya!
Botol kicap atas mejaBanyak cakap malas kerja!
Kalau tukang cakap memang banyak!Kalau tukang mengulas memang banyak!Kalau tukang nak betolkan tulisan orang lain memang banyak!
TETAPI....Tukang mengarang dan meluahkan rasa hati jiwa sendiri...AMATLAH sedikit!
Botol kicap atas mejaJangan dibiarkan masuk anginKan nanti ....tak sedap pulak rasanya!
Aku
berpendapat...Apa yang penting ialah menghasilkan karya sastera itu
sendiri!Yang penting Menghasilkan LUAHAN inspirasi
masing2!LUAHAN...Demi luahan......Demi luahan...demi luahan...!Itulah
yang lebih penting!(samada orang lain suka atau tidak..itu tidak
penting!)
Kerana yang sebenarnya...Apabila kita cuba menghasilkan
sebuah hasil karya dengan luahan rasa hati kita....Kita SEBENARNYA
telah bekerja MENGGILAp HATI JIWA KITA SENDIRI...!Kita sebenarnya telah
berusaha melembutkan dan memperhaluskan hati perasaan jiwa kita sendir!
MENGILAP DAN MENCUCI HATI JIWA SENDIRI ITU ADALAH PENTING..!!
Aku kata...Bekerjalah dan berusahalah mencuci hati jiwa sendiri sepanjang hayat!
Dan aku kata lagi....Seni tulis sastera itu....adalah salah satu alat pencuci hati!Alat pelembut hati jiwa sendiri...!
Barangkali
...kita TIDAK akan berjaya untuk mencuci hati jiwa SEMUA manusia dengan
karya kita!Barangkali ...karya kita TIDAK berjaya memuaskan hati orang
lain!Barangkali ...karya kita di tuduh rendah nilai
sasteranya!Barangkali ...karya kita dikata...tidak mempunyai nilai
mesej yang baik kepada masyarakat!Barangkali....Barangkali....
Namun
yang pentingnya ialah....Kita telah berjaya menyentuh perasaan hati
jiwa kita sendiri dengan karya kita!Kita telah berjaya bekerja mengilap
dan mencuci hati jiwa kita sendiri dengan hasil karya kita!Kita telah
berjaya melembutkan kerasnya hati kita sendiri dengan hasil karya
kita!ITULAH YANG LEBIH MUSTAHAK!
Kerana itulah...Saorang seniman itu
sebenarnya bekerja memperindahkan hati jiwanya sendiri supaya...lebih
berjiwa halus, indah, lembut lagi murni!
PUISI CINTA SUDAH HILANG!
Aku sudah tidak berdaya!Puisi cinta ku sudah hilang!Hilang entah kemana..?
Hati ini menjadi begitu membaraBila mendapat tahu kisah seorang suami celaka yang suka memperbodoh2kan isterinya!
Kesian
si isteri itu!Kisah si isteri yang sering ditipu olih suaminya!Kisah si
isteri yang sering digertak2 olih suaminya...supaya taat dan patuh
kepada suaminya yang laparkan wang ringgit serta membesarkan egonya!
Kisah si isteri yang dihalang olih si suami daripada dapat pergi bercampur mesra bersama ahli keluarganya sendiri!
Kisah
si isteri yang dilarang olih suaminya dari pergi mengaji al Quran
kerumah ibunya!Kisah si isteri yang dilarang olih suaminya dari mengaji
al Quran bersama2 adik beradiknya!
Kisah si isteri yang sering
diperbodoh2kan dan digertak2 olih si suami ...yang mengunakan hujah2
agama ... agar si isteri menjadi bahalul mengikut perintah si suami
tanpa usul periksa!!
Kisah si suami yang pandai berpura-pura dan
berlagak alim dan warak dihadapan orang lain semata2 untuk mendapat
pujian dan wang ringgit dari orang lain!
Kisah si suami yang sering rasa dengki dan busuk hati terhadap kelebihan orang lain!
DAN...Kerana itulah...Aku telah kehilangan puisi cinta ku!
MADAH CINTA PUISI CINTA KARYA SIAPA?
Aku telah baca banyak MADAH CINTA dan PUISI CINTA yang telah ditulis didalam bermacam2 blog yang ada dialam cyber ini.
Ada
yang baik-baik dan ada juga yang agak menarik.Aku tidak pasti sama ada
tulisan si penulis madah cinta atau penyair puisi cinta di blog
tersebut adalah hasil karya asli SAJAK dan PUISI tulisan mereka sendiri.
Apa
yang aku pasti ialah....Aku TIDAK akan mengambil PUISI CINTA atau MADAH
CINTA atau apa2 pun tulisan penulis2 tersebut tanpa izin mereka!
Sekurang2nya...jika
aku mengambil hasil karya tulisan mereka ...maka aku kan letakkan
alamat URL blog mereka dan NAMA mereka didalam blog ku ini!
Begitulah
caranya aku memberi penghormatan kepada mereka2 yang telah bersusah
payah menghasilkan MADAH CINTA atau PUISI CINTA tulisan mereka
itu...didalam blog mereka dialam cyber ini.
Aku percaya bahawa,
seorang yang sebenar2nya berjiwa seniman yang tulin tidak akan mencuri
karya2 penulis, penyair atau penyajak2 yang lain dan kemudian cuba
mengaku bahawa itu adalah tulisan hasil karya mereka sendiri!
Mencuri
hasil karya tulisan orang lain dan kemudian mengaku sebagai tulisan
mereka sendiri ...adalah satu sifat yang mundur ....yang bukan
sebenar2nya sifat seorang seniman tulin yang berjiwa luhur, mulia lagi
halus.
Jika kita sering mencuri karya2 orang lain dan cuba mengaku
kepunyaan kita....maka lama lelamaan...keupayaaan dan kebolehan kita
untuk berkarya akan menjadi lemah dan tumpul!
Yang pentingnya ialah, kita seharusnya berkawan dan berkenal sesama penyair PUISI CINTA dan MADAH CINTA dialam cyber ini.
Ini
akan membuat dan mendorong diri kita sendiri supaya lebih berjiwa jujur
dan berhati luhur kearah menjadi seorang manusia seniman sejati.
Ku
ucapkan selamat berkenalan kepada semua penulis, penyajak dan penyair
PUISI CINTA, PUISI KASIH, MADAH CINTA yang berada dialam cyber ini.Dan
selamat terus menulis dan berkarya....
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah cinta hari raya idul fitri
Bulan
Syawal telah pun tiba..!Ku ucapkan selamat menyambut hari raya kepada
semua umat islam sedunia...Maaf zahir dan bathin!Semoga ...semua
didalam aman sejahtera hendaknya..
Dibawah ini ku isikan sebuah puisi yang telah ku ambil dari sebuah blog..Aku suka akan puisi ini..
MADAH CINTA DAN HARI RAYA IDUL FITRI
Bulan
Shawal berkunjung tibaRamadhan sudah berlalu pergi...Takbir hari raya
dilaungkanMemuji Tuhan sekelian alamPenuh kesyukuran dalam
rintihanPenuh harapan.....
Wajah ceria berpandanganSaling maaf -
bermaafanBuang yang keruh ambil yang jernihBertekad azam didalam
dadaMemperbaharui amal dihari muka.
Hidup didunia hanya
sementaraPeluang beramal sentiasa terbukaPencucui isi dada dari daki
duniaSatu perjalanan keluhuran jiwaMeniti usia kehari tua.
RUJUKAN...
p.s.SEKALI LAGI...Ku ucapkan selamat hari raya Idul Fitri kepada semua...!Maaf dzahir dan bathin...!
MADAH CINTA DAN BULAN RAMADHAN KU
Kali
ini bulan ramadhan tiba lagi!Seperti biasa ramai umat islam
berpuasa...Aku tidak pasti berapa ramaikah yang berpuasa kali ini...
Kadang2
aku terfikir...Cuaca tidak menentuKadang2 panas dan kadang2
hujanKenderaan begitu sibuk dijalan raya kotaManusia zaman ini begitu
ligat bergerak kesana kesiniMasing2 dengan usaha masing2 cuba mengejar
kejayaan kehidupan....Ada yang stress dan ada yang keletihanMasih
adakah yang sanggup berpuasa di bulan ramadhan ini..???Masih adakah
yang mahu membersih diri fikiran hati dan jiwanya dengan berpuasa di
bulan ramadhan..??Entah..lah!Aku pun tidak tahu...
Apa yang ku tahu ialah...Bulan ramadhan sentiasa bakal tiba setiap tahun!Selagi dunia belum kiamat!
MADAH CINTA SEDIH
Hatiku
terluka lagi!Siapa yang dapat memahami diri ku ini?Pada sekeping hati
nuraniDan pandangan yang jauh serta sebuah shurgaSatu
kebenaran....Bagai perisai dan sebuah senjataPemagar diri yang terluka
ini.
Hatiku terluka lagi..!Disebalik kabus kejahilan dan
kedegilanMereka2 yang mengambil mudah erti kewujudanPada sekeping
hati...Dan sebuah impian kesejahteraanYang pasti kekal abadi!
MADAH CINTA SEBUAH TULISAN.
Wahai kawan2 ku...Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah
wahai kawan2 ku..!Tulislah madah cinta muTulislah puisi cinta
muTulislah apa2 yang telintas dihati mu!Rasakan getaran suara hati
naluri muBiarkan ia bersuara menjeritBiarkan seisi dunia
mendengarkannya luahannyaLuahan rasa hati seorang manusia!
Wahai
kawan ku...!Jangan engkau berdiam diriJangan engkau hanya menjenguk
disana siniKomentar sana komentar sini!Bukankah engkau juga mempunyai
rasa hati?Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah
bahawa ...kita cuma insan biasacuba meneroka rahasia kehidupanSama-sama
juga ada kekurangansama-sama ada sedikit kepahitanDidalam merenangi
lautan madah cinta inicuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta!
madah cinta
puisi cinta
koleksi madah cinta
madah madah cinta
kumpulan madah cinta terbaik
Madah Cinta Dan Kepelbagaian Gaya.
MADAN CINTA DAN KEPELBAGAIAN GAYA.
Aku suka menulis MADAH CINTAAku suka menulis PUISI CINTADan..Aku menulis mengikut rasa isi hatiku.
Biarlah
penyair2 lain menulis PUISI-PUISI kesukaan mereka masing2.Biarlah
penyajak2 lain menulis SAJAK2 kesukaan mereka masing2.Kerana menulis
itu adalah lahir dari keikhlasaan dan kecenderungan hati dan minat
masing2.
Menulis PUISI tidak boleh dipaksa-paksa.Menulis SAJAK tidak
boleh dipaksa-paksa.Menulis MADAH tidak boleh dipaksa-paksa.Kerana
kerja menulis KARYA SENI itu sendiri adalah satu kerja dari rasa
kemanusian itu sendiri.
Masing2 menulis mengikut cita rasa masing-masing.Masing2 menulis mengikut gaya tulisan masing2.
Ada
yang menulis dengan gaya yang mudahSementara yang lain pula menulis
dengan gaya yang mendalam dan berbelit-belit.Itulah keunikan dunia
tulisan PUISI dan MADAH.Yang menghidangkan kepelbagaian warna dan cita
rasa.
Memang manusia itu sendiri berbagai ragamBerbagai seleraBerbagai cita rasaBerbagai sudut pandanganBerbagai cita2 dan kemahuan.
DAN aku cuma seorang manusia biasa.Yang suka membaca dan menulis MADAH CINTA dan PUISI CINTA.
PUISI CINTA AIR MATA
Jangan
engkau titiskan air matamu ......wahai manis ku!Jangan engkau murungkan
wajahmu ....wahai manis kuJangan engkau kurungi diri mu ............
wahai manis kuKerana aku…..Tidak akan dapat meneruskan hidup ku
iniUntuk melihat engkauTerus berduka!
CATATAN..Puisi ini aku ambil dari blog aku
PUISI CINTA KOLEKSI PUISI SITAN.
PUISI CINTA TIDAK DATANG LAGI.
Aku tahuPUISI CINTA sudah mulai pergitidak datang lagisudah lari jauh darikuterlalu jauhentah dimana.
Aku tahuPUISI CINTA sedang sakittidak lagi bangkitterlalu uzur untuk memandang kutidak mahu bersama kudan bosan terhadap ku.
Aku tahuPUISI CINTA mulai benci terhadap kuKerana aku....dan ramai manusia lain...sudah berhati batu!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar